Notis Privasi Laman Web Qdenga® Malaysia

View in English >

Tarikh berkuat kuasa notis privasi ini: April 2025

Privasi dan perlindungan data peribadi anda adalah penting bagi kami. Notis Privasi ini menjelaskan jenis data peribadi yang mungkin dikumpul oleh Takeda daripada anda dan bagaimana kami menggunakannya.

Takeda adalah sekumpulan syarikat yang beroperasi secara global. Perusahaan Takeda merangkumi syarikat induk Takeda Pharmaceutical Company Limited, dan entiti gabungannya (secara kolektif dirujuk sebagai “Takeda” atau “Kami”). Sekiranya anda menghubungi kami untuk melaporkan masalah atau membuat aduan atau berkomunikasi dengan kami, kami akan mengumpulkan maklumat untuk menyelesaikan pertanyaan anda. Untuk maklumat hubungan berkaitan dengan entiti gabungan tempatan anda, sila rujuk laman web Takeda di https://www.takeda.com/who-we-are/company-information/worldwide-offices/.

Laman web ini menyediakan maklumat dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan vaksin Qdenga®, dan kandungannya ditujukan hanya untuk pakar penjagaan kesihatan, boleh diakses melalui penciptaan Takeda ID.

Takeda ID boleh digunakan untuk mengesahkan pelbagai aplikasi Takeda (contohnya laman web, aplikasi mudah alih, dan lain-lain) bagi membolehkan pengalaman log masuk Tunggal, yang membolehkan anda menggunakan kelayakan yang sama untuk pelbagai aplikasi Takeda. Untuk tujuan ini, kami mungkin mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan maklumat mengenai anda, termasuk nama, maklumat hubungan perniagaan (termasuk e-mel perniagaan anda, nombor mudah alih perniagaan anda, tempat kerja utama), butiran penciptaan akaun (ID Pengguna, kata laluan dan lain-lain), nombor pendaftaran perubatan (Nombor MMC), serta maklumat mengenai jawatan, peranan, dan latar belakang professional anda. Laman web ini akan menggunakan Takeda ID anda untuk mengesahkan identiti anda. Aplikasi Takeda ID tidak akan mempunyai akses kepada sebarang data tambahan yang dikumpul oleh aplikasi Takeda lain.

Takeda menggunakan Okta, perkhidmatan pihak ketiga, untuk menguruskan Takeda ID anda. Untuk maklumat lanjut tentang Okta dan pemprosesan data peribadi mereka, sila layari www.okta.com/privacy-policy. Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk selagi anda masih aktif menggunakan Takeda ID dengan satu atau lebih aplikasi Takeda kami. Akaun yang tidak aktif selama lebih dari dua tahun akan dinyahaktifkan dan data akaun akan dipadamkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Takeda ID, sila ikuti pautan berikut:

Apabila anda melawati laman web ini, kami juga mungkin secara automatik mengumpul maklumat teknikal seperti alamat Internet Protocoal (IP), maklumat tentang cara anda menggunakan laman web ini, serta pengecam peranti dan pengiklanan anda sesuai dengan keutamaan persetujuan kuki yang anda tetapkan. Untuk maklumat lanjut, lihat Polisi Kuki kami.

Penggunaan data peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan persetujuan anda.

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan dan rakan perniagaan di seluruh dunia yang bekerjasama dengan kami untuk memenuhi tujuan di atas (contohnya, perkhidmatan pemenuhan, sokongan teknikal, perunding luar dan penasihat undang-undang). Kami juga mungkin berkongsi maklumat anda dengan entiti gabungan dan anak syarikat Takeda yang lain. Perkongsian data peribadi anda ini mungkin melibatkan pemindahan ke negara lain. Undang-undang perlindungan data dan privasi di negara-negara ini mungkin tidak memberikan tahap perlindungan yang sama seperti negara asal anda. Takeda akan mengambil langkah perlindungan sewajarnya untuk memastikan data peribadi anda dilindungi dalam pemindahan tersebut.

Kami menyimpan data peribadi anda selagi anda menggunakan perkhidmatan/aplikasi ini. Kami juga mungkin menyimpan data anda untuk tempoh masa yang munasabah selepas pemenuhan perkhidmatan kami, penamatan hubungan anda dengan kami, atau pemberhentian penggunaan aplikasi kami, melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Anda berhak untuk meminta akses, pembetulan dan penghapusan data peribadi anda atau mengehadkan penggunaannya. Jika anda ingin menggunakan hak individu anda, sila hubungi kami melalui borang Hak Individu kami. Jika borang tersebut tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, atau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan lain, anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Takeda di privacyoffice@takeda.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara Takeda memproses data peribadi anda dan hak anda berkaitan dengan pemprosesan ini, sila rujuk Notis Privasi Takeda di www.takeda.com